QUEENSBAY - 31 DISEMBER 2010, Sekumpulan pemilik motosikal kawasaki superkips di utara tanah air akan mengadakan Program BBQ di pantai Queensbay, Pulau Pinang dimana penyertaan sebanyak 20 peserta dari sekitar Pulau Pinang telah disahkan oleh Bro Adzhar (wakil kips utara) pagi tadi.Program santai yang dijangka bermula jam 8.00 malam pada malam menyambut tahun baru(TTS) ini bertujuan merapatkan hubungan diantara pemilik-pemilik motosikal berkuasa 150cc buatan kawasaki yang kini kian mendapat sambutan hangat dikalangan peminat-peminat motosikal ala2 superbike di negara kita. Program menyambut tahun baru yang petama kali diadakan ini diharap akan mendapat penyertaan lebih ramai lagi terutamanya dari kippers seluruh Malaysia.
untuk keterangan lanjut sila berhubung terus dengan pengaturcara En. Lan Lik Lau di talian 012-5837419