sapa berminat nak baca, baca lah coretan pengenalan aku ni.
Sebenarnya tak terlintas pun aku nak pakai 2 stroke ni..walaupun kawan2 aku semua suruh beli,rxz la, 125z la..diorang kata laju sikit kalau konvoi..bagi aku, tetap juga dengan ex5 walau dah 2-3 kali pusing Malaysia..Engine superb tu kalau long distance.
So, nak dijadikan cerita..keadaan macam terpaksa nak kena cari lagi sebiji motosikal, nak kena hantar bini dan tempat kerja aku juga jauh..boleh dikatakan dalam satu hari 100 km mainan je dengan ex5 ( HDEO penyelamat engine aku ).
dalam terpikir-pikir motor apa yang sesuai, tengok FZ pun ok jugak, tapi takde raga juga,minyak jimat..tapi laju mana sangat..alang2 nak upgrade, baik yg best sikit..second choise plak, tengah tunggu wave 125 baru dijangka bulan 10 jun ni..tapi takkan la nak upgrade dari ex5 ke 125cc jugak..sama je rasanya nanti..macam tak berbaloi pulak..
sembang2 dengan kawan opis, dia kata kawan dia nak jual kips, tak sampai setahun pakai..nak jual sebab nak beli kereta..aku budjet, mesti dah lenjan punya kips tu..calar balar sure punya tu..so aku diamkan diri dulu.
dalam 2 minggu jugak la, kes Kips kawan tu diam..pastu muncul semula..dia tanya lagi, jadi tak nak ambik??aku pun cakap ler, bawak dulu aku nak tengok..kalau ok aku ambik, aku nak pastikan dulu piston ring tak bunyi,rod and segala-galanya ok..
hari yang dinantikan muncul..perghhh, masih lawa kips tu, engine pun diam je..sembang2 dengan owner, minyak engine pakai Motul..cuma 2t je tak pakai tcw3..
tapi disebabkan engine ok dan body masih kilat..aku pun setuju..owner tanya, nak bayar cash atau sambung bayar..piki2 10 kali..aku cakap better aku sambung bayar..nak cash boleh sangat, tapi takut nanti cash aku plak gantung kalau ada apa-apa kes..so, dengan rasminya, aku pay kat dia sikit, dan sambung kedai..total bagi cash kat owner + balance kat kedai = total rm7500 untuk motor bulan 9 tahun 2011..
masa untuk winter test kips RR.
kebetulan aku cuti 2 hari..
first day, aku layan highway karak n LPT..maklumlah mula2 pakai 2 stroke,pulak tu ada injap kuasa..huh, dalam hati power power power..dalam sedap2 speed dalam 160km/j tetiba je motor mati..adehhh, kenapa plak ni, tarik clutch dan berenti kat tepi..tanggal semua jacket, helmet n glove..tel owner, tanya penah tak dia jadi camni sebelum ni..owner kata takde plak..dia suruh check minyak, aku buka tank ada sikit lagi..so, baru aku terpikir, kemungkinan juga minyak sedikit tu untuk reserve..nasib baik juga lah dah baca forum ni dah lama..ada juga ilmu..lucu betullah,
reserve 2 liter ni aku gunakan sebaiknya hingga ke Genting Sempah.then, top up minyak dalam rm16, aku pun teruskan perjalanan..dalam perjalanan takde apa yg best, try setakat 170km/j je..tak berani punya pasal..
so, takde cerita lucu sepanjang perjalanan aku KL - Temerloh - Kl.
Second Day, sebab dah janji nak ride makan asam pedas muar, aku janji dengan geng senawang, versys dan er6..dulu geng ni selalu joint kapcai..tapi mereka upgrade dulu..aku juga yg ketinggalan.ok lupakan.
so, perjalanan ke Melaka, kami bertukar motor..aku bawa versys..compare meter versys dan kips, beza 20km/j je..masa versys speed 160km/j, aku jeling meter kips cecah 180km/j..not bad..
perjalanan ini juga takde apa yg best.boleh dikatakan, kalau nak ikut bigbike ride boleh sangat la..tapi jangan lah terlampau exited, ingat sikit kips ni 150 je cc dia.
minyak jangan cerita la..exited layan injap kuasa, minyak juga macam air..masa perjalanan balik, terlintas nak check 2t.memang nasib jugalah, 2t dah nyawa2 ikan..meter merah tu tak terang sangat kalau tengah hari..lagi pun tak tahu apa fungsi meter tu..berhenti di hentian senawang, 2t dah nak habis, so teruskan perjalanan ke Shell senawang dan top up 2t shell sx.mmg terasa beza 2t lama dengan 2t sx ni, sx lagi licin, lepas ni nak masuk maxoil tcw3 plak.lagi nyaman kot.
so berakhirlah 2 hari perjalanan aku hampir 1000km untuk 2 hari.
komen motor ni, best, nak laju boleh, nak slow pun boleh..
so, lepas ni aku akan mengepalai konvoi kapcai TM Bikers ( TMBM ) dengan Kips ini pula..
Tamat la khidmat Ex5 aku untuk ride, bagi dia rehat setelah 11 tahun bekerja keras.
Name : Syafri Shuib
Location : Pandan Indah
Pengalaman Ride : konvoi banyak, single ride pun banyak...