Report Ride To Gua Tempurung.
PIC :: Chi Kent
Assalamualaikum...minta maap kerana lmbt bukak report nie...almaklum la...terlajak tdo...penyudah xmasuk keje hari nie...baiklah...dibawah ni ade report untuk korang baca...gmbr akan diuploadkan oleh cameraman/mem yg berusaha untuk snap gmbr terbaik utk tatapan korang....
0615 : Saya dan 5 lg riders yg bermalam dirumah saya bertolak menuju ke RV Point Shell Tol Jalan Duta.
0635 : Tiba di RV Point. Kami menunaikan fardu subuh di sini. Selesai solat, masing2 mengisi minyak dan terlihat kelibat member kips sorang telah smp,lupa plak nama die, kemudian kelibat Maximus,Sp33d3r,Danial,Speeder dan diikuti pula oleh Halim selepas beberapa minit.
0700 : Sedikit taklimat dari saya mengenai destinasi,check point dan bacaan doa oleh ustaz Halim.
0705 : Bertolak menuju ke check point pertama Shell Tjg Malim,isi minyak untuk moto2 LC,sepanjang jalan hujan,setelah beberapa minit rehat disini kelibat Wasie,Phenom dan Evirob tiba.Selesai semua isi minyak bergerak semula menuju ke check point kedua,RnR Tapah.
0955 : Tiba di RnR Tapah dan kelibat 2 lagi member kips dan ckgu Azhar bersama mem dan rakan2 yg telah smp terlebih dahulu.Disini ambil masa untuk sarapan dan mengeringkan ape yg basah.
1040 : Setelah selesai mengisi perut dan mengeringkan ape yg basah,masing2 bersiap untuk mengisi minyak dan bertolak ke next check point Gua Tempurung.
1140 : Tiba di Gua Tempurung.
1200 : Dengar taklimat dari 'penunggu gua' sebelum aktiviti berjalan di dalam gua bermula. Dengan bermodalan RM8 (less RM1),semua masuk gua kecuali ckgu Azhar disebabkan masih lagi demam.
1345 : Setelah panjat turun anak tangga,tiba dipintu gua,setelah penat berjalan,perut mula menyanyi,so bergerak la semua ke kedai makan di hadapan pintu gua.
1430 : Dapat sms dari Batman yg ketika ini berada di RnR Tapah,Batman,Batmem dan Putratechno dalam perjalan ke Gua Tempurung,sambil menunggu ketibaan mereka,masing2 menjalankan aktiviti bebas,ade yg tidor,bg ikan makan,menjemur ape yg basah,service moto.
1515 : Ketibaan Batman,Batmem dan Putratechno.
1530 : Setelah rehatkan badan,masing2 bersiap-siap untuk menuju ke next check point Lata Kinjang.Sempat juga bergambar kenangan.
1600 : Tiba di Lata Kinjang.Aper lagi...terjunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
1730 : Berkemas dan bersiap2 untuk bergerak ke next check point,Menara Condong Teluk Intan.
1810 : Singgah di Shell Tapah untuk refill minyak dan solat.
1845 : Sambung semula perjalan menuju ke Teluk Intan.
1930 : Tiba di Menara Condong Teluk Intan,rehat dan bergambar kenangan.
2010 : Bergerak menuju ke NASA TOMYAM...menjamu selera dan merehatkan badan.Harga boleh tahan.Nasi putih,daging goreng kunyit,telur dadar,teh ais,teh o ais,total RM8.50.
2130 : Selesai makan,perut sudah kenyang,bersiap pula untuk perjalan pulang ke KL.
2215 : Tiba di Pekan Bidor untuk refill minyak dan sambung semula perjalanan.
2355 : Tiba RnR Ulu Bernam,berHH disini untuk hari ini.Ade juga mengambil kesempatan untuk melelapkan mata seketika.
0045 : Setelah selesai minum malam,refill minyak,solat,menyambung semula perjalan menuju ke last check point di RnR Jejantas Sg Buloh.
0110 : Hanya 10km perjalanan,moto Putratechno mengalami kerosakkan.Menurut kata owner,piston jem,tanpa buang masa,keputusan diambil untuk tunda moto hingga ke RnR Jejantas Sg Buloh.Terima kasih kepada Halim kerana membantu menunda moto tersebut.
0215 : Tiba di RnR Jejantas Sg Buloh.Setelah rehatkan badan,refill minyak,bersalam-salaman dan mengambil beg masing2 dan bersurai.Perjalanan yg paling jauh yg ditempuh oleh rider kite sorang nie ialah ke Melaka.Harap2 die selamat smp tanpa sebarang masalah.
Sekian sahaja report ringkas dari saya untuk ride kali nie.Jumlah keseluruhan yg join ride kali ni adalah 17 biji motor,3 kereta.Insya Allah lepas ni Ride To Gua Tempurung akan kembali.Insya Allah dalam perancangan adalah selepas Raya Aidilfitri.So pada yg ade snap foto tue,upload la kt sini untuk tatapan smua.Sekian,wassalam....