suhaimisobrie wrote:mcm aku baru jek accident kereta ngan isteri aku...kesnya kat highway org sodok belakang kereta then tolak kete aku sampai ke devider.kira dpn blkg hancus ler....
kereta aku ni proton yang bodynya mcm tin aluminium jek....kereta yang sodok tue plak honda accord lama...awal 90an rasanya..
nak tanya la...selalunya utk claim insurans baper lama tempohnya?
lg satu, insurans siapa yang akan digunakan?
alamak! ada lak sesi soal jawab kat sini. takpe, aku jawap dulu. nanti mintak mod pindahkan topik bagaimana adjuster bekerja ni ke thread lebih sesuai.
ok bagi menjawap soalan suhaimi ni ada 3 kaedah bagaimana tuntutan boleh dibuat.
1. Own Damage claim - kita claim insurans sendiri. dengan syarat insurans kereta kita first party saja. sekiranya ada NCD/NCB maka ianya akan hangus.
2. 3rd party claim - kita claim insurans pihak ketiga (yg sondol belakang). tapi selalunya claim jenis ni makan masa yg lama kdg bertahun. dan adakalnya kena pulak melantik peguam sendiri.
3. OD KFK (own damage, knock-for-knock) ini lah cara tuntutan terbaik dengan syarat kita guna insurans first party. kita claim repair eksiden macam biasa dan kemudian insurans kita akan claim dgn insurans pihak ketiga. cepat dan mudah.
kalau ikut ketetapan bank negara, proseudr claim insurans ni senang saja.
yg pertama kita kena buat report dlm tempoh 24 jam. lepas tu kena tunggu siasatan polis. max 2 minggu.
bila dokumen lengkap diberi pada insurans baru insurans akan lantik adjuster. dokumen tersebut ialah
a) laporan polis
b) salinan polisi insurans
c) anggaran kos pembaikan (disediakan oleh bengkel)
d) salinan mykad dan lesen memandu
tempoh perlantikan adjuster ialah 3 hari dan selepas itu adjuster diberi tempoh seminggu utk bentangkan laporan.
maknanya kasar2 pun dalam 3 minggu keje membaiki mesti sudah dijalankan. tapi banyak bengkel tak tunggu lama sebaliknya depa terus mula repair.
nak terang kat sini susah sbb banyak nak explain. aku malas nak taip. lebih mudah kalau jumpa. boleh jumpa masa TTS mahupun gath buka puasa.