Kawasaki Kips Owners

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Kawasaki Kips Owners

FORUM FOR ALL GENERATION OF KAWASAKI KIPS


    JEMPUTAN RIDE & FUN BERSAMA EIDAMAN BIKERS CLUB KE PULAU PINANG

    kick_ingoal
    kick_ingoal


    JEMPUTAN RIDE & FUN BERSAMA EIDAMAN BIKERS CLUB KE PULAU PINANG Empty JEMPUTAN RIDE & FUN BERSAMA EIDAMAN BIKERS CLUB KE PULAU PINANG

    Post by kick_ingoal Tue Jun 21, 2011 12:45 am

    Assalamualaikum wtb.
    Saya dengan berbesar hati ingin menjemput rakan2 semua untuk memeriahkan ride&fun
    Eidaman Bikers Club ke Pulau Pinang pada 1,2&3 Julai 2011.

    Berikut adalah tentatif program Ride & Fun kali ini:

    Tempoh Aktiviti: 1 Julai (Jumaat) hingga 3 Julai (Ahad). 3 hari 2 malam
    Masa Berkumpul*: 7:00am di R&R Sungai Buloh (arah Utara)
    Tayar Golek: 8:00am

    Tentatif Aktiviti* :

    Jumaat, 1 Julai 2011

    07:00 am - Berkumpul di R&R Sungai Buloh Utara + Isi minyak full tank tak kira motor kecil/besar/dah isi tadi/belum isi lagi/sarapan pagi
    07:35 am - Briefing ride, bacaan doa sebelum ride dan bersiap-siap
    08:00 am - Tayar golek Part 1 (cc 130cc kebawah)
    08.30 am - tayar golek Part II (cc 150cc ke atas)
    02:00 pm - Berkumpul di last check point (Juru)
    03.00 pm - Makan Tengahari/check in Rescam International House/soolat
    04.00 pm - Acara bebas
    07.30 pm - Solat magrib & Isyak berjemaah
    08.00 pm - Acara bebas

    (Solat Jumaat akan ditetapkan di Masjid mana bergantung kepada keadaan)-akan di beritahu kelak.

    Sabtu, 2 Julai 2011

    - Poco-poco & senaman pagi
    - Sarapan pagi
    - Jalankan lawatan / kerja-kerja kebajikan
    - Makan tengahari
    - Bergerak ke balik pulau (makan durian)
    - Makan malam
    - Jalan-jalan cari pasal / cuci mata
    - Kembali ke hotel

    Ahad, 3 Julai 2011

    - Sarapan Pagi
    - Check out dan bersiap-siap
    11.00~11.30 am - Check out & pemulangan kunci
    12:00 pm - makan tengahari
    01.00 pm - Bergerak ke feri untuk pelepasan konvoi
    01.30 pm - Berkumpul di Juru untuk isi minyak/taklimat ringkas/berdoa
    02.00 pm - Bertolak balik ke Kuala Lumpur
    08:00 pm - Berkumpul di last check point - jejantas Sg Buluh
    08.30 pm - Home Sweet Home

    Maklumat Penginapan:

    Tempat : RECSAM International House
    Kos: RM 120.00nett seorang - untuk Member EBC (Bilik 3D2N +makan durian balik pulau+T-shirt Event)
    RM150.00 nett seorang - Yg Belum lagi member EBC (Bilik 3D2N+makan durian balik pulau+T-shirt Event)
    Nota: Gambar tempat ni bolehlah anda rujuk di thread Report Wild Hog #006 http://www.eidamanbikers.com/forum/index.php?topic=401.0

    * = Masa berkumpul, dan aktiviti mungkin akan berubah. Sila rujuk topik ini dari semasa ke semasa

    Nota: Maklumat masih lagi dikemas-kini, jadi sila baca topik ini dari semasa ke semasa untuk segala update.
    Kepada peserta yg telah mengconfirmkan diri untuk pergi sila buat pembayaran di Kedai Eidaman pada bila-bila masa bermula dari hari ini untuk membooking bilik. Kerjasama dari anda semua amat kami hargai.


    Senarai Penyertaan:

    1 ) Eidaman_Z
    2 ) Eida_9775
    3 ) Aimed (Kak Hana)
    4 ) Nan
    5 ) Kick_ingoal@syam
    6 ) Syaffeqzain
    7 ) Shawal Maharon
    8 ) Ninja Green(Fifi)
    9 ) Dakbro(Pakcik Latif)
    10 ) Tufagar(Jamil)
    11 ) Amirzzz
    12 ) Wave125s(jemputan MBC)
    13) Japa Oren
    14) Adee(kiv)
    15) Ramadhan Maharon
    16)
    17)

    Tarikh akhir untuk mendaftar adalah pada 25 Jun 2011


    [b]Soalan Lazim (Frequently Asked Question):


    1. Adakah ride kali ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan (motor kecil dan motor besar)?
    J: Ya.

    2. Dimanakah kami akan berhenti untuk minum/berehat/isi minyak?
    J: Maklumat ini akan dikemaskini dalam masa terdekat. Sila kunjuingi topik ini dari semasa ke semasa.

    3. Adakah perbelanjaan makan/penginapan/petrol di tanggung oleh kelab untuk ride ini?
    J: Oleh kerana ride kali ini adalah 'Ride & Fun', segala perbelanjaan adalan ditanggung sendiri oleh peserta. Keputusan ini mungkin akan berubah sekiranya ada idea yang bernas dari ahli/penganjur.

    4. Adakah kami yang bekerja perlu bercuti pada hari Jumaat 1 Julai 2011?
    J: Ya. Oleh kerana destinasi kami, Penang adalah agak jauh dari Kuala Lumpur, kami cadangkan ride diadakan sepanjang 3 hari, 2 malam untuk mengelakkan kepenatan berlebihan (yang bahaya) dan juga memastikan kami enjoy semasa ride kelak.

    5. Kenapa sampai 6 jam? Bapak saya/saya/kawan saya/awek saya cakap 3 jam dah sampai Penang?
    J: Oleh kerana kami berkonvoi, kami juga akan berhenti berehat, isi minyak, minum, makan, dll, jadi kami jangkakan waktu perjalanan paling panjang adalah 6 jam sekiranya cuaca dalam keadaan baik.

    Ada soalan lagi? sila tanya!

    Info lebih lanjut boleh rujuk disini: http://www.eidamanbikers.com/forum/index.php?topic=328.0

    atau hubungi saya: 017-4851606 / 013-6415265
    kick_ingoal
    kick_ingoal


    JEMPUTAN RIDE & FUN BERSAMA EIDAMAN BIKERS CLUB KE PULAU PINANG Empty Re: JEMPUTAN RIDE & FUN BERSAMA EIDAMAN BIKERS CLUB KE PULAU PINANG

    Post by kick_ingoal Fri Jun 24, 2011 8:19 pm

    Dateline untuk pendaftaran dilanjutkan hingga 28 Jun 2011.
    Sesiapa yang kat penang pon boleh join dan hanya perlu bayar RM80 untuk makan durian dan t-shirt Smile

      Current date/time is Mon Sep 30, 2024 1:41 am